Thursday, March 10, 2011

Kenangan tak Boleh Aku Lupakan

Semalam 9 March 2011 berlaku peristiwa yang tak boleh aku lupakan sampai bila-bila..
Aku dengan salah seorang staff ofis1 pergi shopping barang-barang ofis dekat kedai ___________
selesai aku shopping, dia pon mengambil tugas mengangkat barang-barang masuk kereta.
Aku lega sangat kerana ada jugak orang tolong angkatkan barang-barang itu.Kalau nak harapkan aku angkat barang-barang itu , hurm....sampai bila pon tak terangkat aku dibuatnya ,
manakan tak kertas A4 satu kotak BESAR PUNYA mana lah larat aku nak angakat. 
Huh...selesai menyusun barang-barang ke dalam kereta , maka dia pon menghidupkan enjin kereta dia. Tertiba-tiba kereta yang kami naiki tak boleh hidup, dia terus panik aku lagi mati akal dibuatnya.
Aku dengan staff 1 duduk kat bawah pokok berhampiran barza. Malunya dengan orang yang lalu-lalang kat situ padang-padang aku dengan staff 1. Manakan taknya staff 1 ni asyik gelak-gelak sampai tak ingat dunia , aku pon join la gelak sama staff 1.. Hahahahaha..... Memalukan sungguh.
Dalam 15 minit  kemudian kerani ofis call kami , Kami pon meminta pertolongan darinya , staff ofis 2 datang dengan naik kereta jeepnya. Maka staff 1 dan staff 2 chek kereta rupa-rupanya bateri kereta staff 1 out.
Erghh..! geramnya aku.. diaorang tinggalkan aku kat situ seorang. Aku pon terpaksa la buat muka tak malu dengan selambanya aku nyanyi sorang-sorang sebab nak hilangkan rasa takut duduk sorang kat situ.
Lepas setengah jam kemudian staff 1 dan staff 2 pon tiba , staff 1 pon suruh aku pulang ke ofis dengan staff 2 naik kereta staff 2 kerana jam menunjukan tepat jam 5 ptg.


kesimpulannya : 
duduk bawah pokok depan kedai ______  tak boleh aku lupakan sampai bila-bila dan memang tak boleh bla ,hehehehehehe.......... nasib baik dia tak suruh aku tolong tolakkan kereta dia. huhuhu.......

No comments:

Post a Comment

my friend

my friend