Monday, December 20, 2010

BEBAS....



As salam...

Akhirnyaa
Alhamdulillah spm sudah pun berlalu meninggalkan kami semua. Bermula dengan Bahasa Melayu pada tanggal 23 November lalu , sehinggalah Ekonomi Asas 20 Disember , spm berlalu pergi dari kamus kehidupan kami sambil meninggalkan bunga-bunga kenangan yang sukar dilupakan.

Ada hari ku rasa seronok , ada yang kadang-kadang ku mengenang kertas telah berlalu itu dalam kesedihan . Hmm , itulah fitrah kehidupan . Allah tak akan menciptakan semuanya senang dan mudah buat hambanya supaya kita semua beringat-ingat . Kiranya hari ini , 20 Disember merupakan hari terakhir ku menyarung seragam sekolah , tudung putih , baju kurung putih , kasut putih , dan kain biru cerah .Selepas ini , semuanya akan kekal menjadi kenangan terindah dalam hidupku .

Buat sahabat-sahabatku , aku tak tahulah bila lagi aku mampu ketemu kalian dalam suasana persekolahan dan peperiksaan lagi . Selamat kalian dalam kehidupan .

Buat diriku , ayuh kita sambut Maal Hijrah yang semalam mendatang ini dengan azam dan semangat yang baru , kerana hakikatnya , Maal Hijrah pada kali ini turut menyaksikan aku berhijrah ke " alam " yang baru - dari yang tidak pandai membezakan mana benar dan salah kepada sebaliknya , insyaAllah . Dan merasai kehidupan yang baru dan tidak lagi bergelar pelajar sekolah @ pun " budak sekolah ".

Selamat tinggal alam persekolahan yang serba indah dan sarat dengan kenangan . Aku akan mengenang saat-saat ini sebagai salah satu kenangan termanis dalam hayatku . Sedih hatiku sayu lagi jiwaku :)

No comments:

Post a Comment

my friend

my friend